Saturday, 31 August 2024

Anak peniru ibu bapa

 Anak balik dari asrama, dalam kereta bersembang lah. 


Saya : Tahu tak 2 minggu lepas Ummi lari 21km. It’s called a half marathon . 


Anak: Ha??? Berapa lama Ummi ambil? 


Saya : (Segan nak cakap) Dalam 4 jam lah . 


Anak : Haa?? 4 JAM? Hebat nya Ummi! 


Saya : Tak ada lah hebat. Normal women would take about 38 minutes to run 5km, around 2 hours and a half for a half marathon. But again, normal people don’t run. Hahahaha . 4 jam tu dah almost cut off time dah. Sebab Ummi berhenti solat Subuh setengah jam. 


Anak : Oh ya ke. Hebat lah tu Ummi! Saya merentas desa 5km pun 2 jam setengah baru habis hahahahahah. 


Saya: Haaa?? 2 jam setengah ? Kenapa? Turun naik bukit kot . 


Anak: Iyalah Ummi, macam mendaki gunung! Ada tempat yang pacak ! Lagi pun saya kan asthma hahahahah 


Saya : Iya iya . Awak try untuk habiskan pun dah bagus . You are better than people who never even want to try. 


Anak: Hebatlah Ummi , jadi doktor , buat bisnes , boleh lari. All rounded success . 


Alhamdulillah haza min Fadhli Rabbi 


Remember mommies, no matter what we do, we are the heroine to our children. 


And they are great imitators. 


Let’s give them something great to imitate! 


#drazlindarita 

#kisahkehidupandrazlindarita



Friday, 30 August 2024

Kisah seram seorang lady driver


Alhamdulillah saya dah 27 tahun ada lesen. Dan saya sangat suka memandu kereta . 


Walaupun KL ni jem la sangat , saya tinggal di Batu Caves, bekerja di Shah Alam dan Ampang, most days saya enjoy driving . 


Kalau kena balik malam pun, saya ok . Saya tak lah takut sangat dengan hantu tapi kalau dah malam saya elakkan lalu highway sunyi macam LATAR. Bukan apa, kalau kereta rosak, nak tunggu seorang diri , saya bimbang keselamatan saya. 


Tetapi semalam saya melalui detik mencemaskan. 


Pergi kerja pagi, memang paras minyak dah rendah , tetapi saya niat nak isi minyak masa balik kerja nanti. 


Habis kerja saya singgah review client wellness program saya , kemudian drive balik. 


Meter menunjukkan saya ada 22km lagi . 


Ok lah kan . 


Sekali saya teringat kena buat satu zoom meeting , jadi saya berhenti di R&R highway DASH di Denai Alam. 


Berhenti 20 minit, enjin masih hidup, saya terlupa ia akan menggunakan minyak . 


Selesai meeting, saya bergerak. 


Meter menunjukkan saya ada 18km. 


Ok lah tu, sempat cari pam minyak . 


Tiba-tiba, meter turun ke 12km , kemudian 10km, kemudian 8km!! Semua dalam masa satu minit! 


Saya pun keluar dari DASH, masuk ke Guthrie, kerana saya teringat ada R&R di Elmina. 


Sampai di R&R Elmina, rupanya ada tempat caj kenderaan EV sahaja!! 


Meter menunjukkan tinggal 2km! 


Saya berhenti di Pejabat Peronda Highway untuk bertanya di mana pam minyak terdekat. Uncle tu cakap apa pun saya tak faham sebenarnya. 


Tawakkal ala Allah , saya keluar dari Guthrie, masuk ke kawasan Saujana Utama. 


Meter tinggal 1km. Saya matikan aircond . Tak tahu lah membantu atau tidak . 


Niat saya, sekurang-kurangnya kalau saya tersadai nanti, abang sulung saya tidak jauh. Dia di Subang Bestari. 


Saya nampak ada satu pam minyak di seberang jalan, tetapi tiada tempat U turn atau belok ! Jalan itu pun ada divider!


0km! 


Sampai di McD Sg Plong, jem pula .


Last option , telefon abang sulung . 


SOS! “Kalau tersadai tolong rescue ya!”


Abang minta saya describe landmark di situ . 


Terus abang saya beritahu ,”Tu bukan jem tu, traffic light Sg Plong je tu . Kau depan sikit lepas shop lot, ada BHP belah kiri.”


Syukur Ya Allah. 


Gambar ini saya ambil apabila sampai di pam minyak 



Morale of the story: 

1) Jangan tunggu minyak dah habis sangat baru isi 


2) Jangan lupa kalau kereta tak gerak pun, enjin on maknanya masih guna fuel (duh!) 


3) Sangat penting familiar dengan kawasan yang nak drive tu supaya tahu kat mana nak cari pam minyak etc. 


4) Bertuah ada abang /adik beradik/ saudara mara/ kawan-kawan yang sedia membantu bila kita memerlukan


5) Jangan anggap semua orang jujur dalam dunia ni. Meter minyak kereta pun boleh menipu , kan dah kena game. 


Sekian. Bai 


#drazlindarita 

#kisahkehidupanDrAzlindarita 

#doktorjugamanusia

#kadangkalabuatsilapjuga huhu

Thursday, 22 August 2024

Dear tired moms, please delegate !

 When I was struggling with 4 kids and no helper , years ago , my psychiatrist friend came to my clinic to check his dry eyes. 


I forced him to sit and listen to me rambling . 


I was tired , on the verge of breaking down 


I was the head of the department at the age 35, and I have a high demand baby at home. 


His advise was simple and I use it until now 


“DELEGATE THINGS. 

THINGS THAT CAN BE DONE BY SOMEONE ELSE, LET SOMEONE ELSE DO IT .”


I said I don’t wanna cook . 

He said, “Buy your dinners”. 


I said I don’t have the energy to clean the house . 

He said ,”Get a cleaner “. 


No one can breastfeed my baby for me, so that one I had to do myself . 


For everything else that can be delegated , DELEGATE! 


I swear I haven’t clean my house since then . 


That’s a job for the cleaner . 


And I am much happier now. 


Sure glad that psychiatrist friend had dry eye that day. 


Thank you . God bless you ! 


Sunday, 18 August 2024

Half Marathon Pertama!

 Half Marathon 



Antara “bucket list” yang saya teringin nak buat adalah berlari Half Marathon atau 21km. 


Kenapa ? 


Kerana saya nak cabar kemampuan diri . 


Saya sebenarnya baru sahaja mula berlari selepas pembedahan buku lali saya pada tahun 2017. 


Selepas 3 bulan berjalan menggunakan tongkat, selepas pulih sepenuhnya, saya bertekad untuk menggunakan tubuh badan dengan lebih baik . 


Saya bermula dengan larian 1.6km , kemudian 5km. 


Selepas beberapa kali menyertai Fun Run 5km, dan saya boleh selesaikan dalam masa lebih kurang 40 minit, saya mula berani kan diri berlari 10km pula . 


Pada awalnya saya mengambil masa 1 jam 45 minit untuk menghabiskan larian. 


Apabila masa larian semakin baik, apatah lagi saya sudah mula hiking pada tahun 2021, stamina semakin baik, saya mula berlari 15km. 


Ia bermula dengan Melawati Run 2 tahun lepas. 


Januari tahun 2024 ini, saya dapat rasakan yang saya masih ada tenaga selepas menghabiskan larian saya. Saya tamatkan larian 14km+ dalam masa 2 jam 3 minit . 




Kawan-kawan terutamanya dari team Medical Mythbusters Malaysia banyak memberi dorongan untuk saya mencuba 21km pula. 


Walaupun nampak sedikit, tetapi 6km tambahan itu bukan mudah. 


Saya mencuba trail run 10km di dalam denai hutan dalam Julai yang lalu, dan ini menambah keyakinan saya untuk melalukan Half Marathon. 





Apakah persediaan saya? 


  1. Sesi weight training dengan personal trainer seminggu sekali 
  2. Berlari selang sehari, saya cuba dapatkan jumlah sekurang-kurangnya 21km dalam seminggu . Setiap sesi biasanya saya lari 30-40 minit, pace berbeza antara perlahan dan pecutan. 
  3. Larian Long Slow Distance (LSD) seminggu sekali iaitu page yang perlahan dari biasa, tetapi panjangkan larian antara 1-2 jam . Ini adalah untuk membiasakan diri kita dengan larian jarak jauh
  4. Makan makanan yang tinggi nutrient dan banyak protein , untuk membina otot . 


Persediaan dari segi peralatan pula

  1. Pakaian- saya jarang memakai baju T acara kerana biasanya berlengan pendek. Jadi saya memakai baju T Muslimah . Tudung pilihan saya pastinya dari Tudung People. 
  2. Seluar - saya memakai seluar tights (tinggi saya 161cm, berat 60kg, saya pakai saiz XS), tetapi bagi memastikan tetap patuh syariah, saya pakai seluar hiking yang nipis dan longgar di luar . Saya kira compression clothings ini sangat membantu. Untuk larian akan datang, saya ingin membeli compression arm band . 
  3. Kasut & stokin - saya memilih compression socks kerana pengalaman semasa mendaki Kinabalu, ia sangat membantu. Saya ada beberapa pasang kasut sukan, tetapi untuk Half Marathon pertama saya ini, saya laburkan sedikit wang untuk membeli carbon plated shoes Hoka Cielo X1. Saya berlatih beberapa kali dengan kasut ini, dan Alhamdulillah ini saya kira keputusan paling baik saya ambil untuk larian kali ini . High energy return , keadaan yang berbukit  memang memaksa saya untuk berjalan di beberapa tempat . Namun carbon plate seolah-olah menjadi spring di tapak kaki untuk menolak kita kembali berlari apabila keadaan baik, dan saya hanya merasa betul-betul letih pada km ke 19. 


  1. Hydration bag - saya bawa air 2 liter, separuh air kosong, separuh 100 plus . Ramai pelari tidak membawa hydration bag, tetapi saya tahu kemampuan saya . 
  2. Snack - 3 perkara utama: Himalayan Salt (saya ambil setiap 2km), kurma (sebiji setiap 5km) , coklat (1 bar saya ambil pada km ke 12 iaitu separuh perjalanan) 
  3. Pantiliner - persediaan solat Subuh 
  4. Spray analgesia untuk kaki cramp - sangat berguna pada km ke 19. 
  5. Earphone - malangnya earphone saya habis bateri pada km ke 9. Saya mohon maaf kepada pelari lain kerana saya pasang lagu pada hand phone saya. 


Ok tips saya nak kongsikan kepada kawan-kawan yang mahu mencuba Half Marathon . Tips ini diberikan kepada kawan-kawan saya yang senior marathon runners 

  1. Hidrasi badan betul-betul sehari sebelum larian , hingga urin anda jernih 
  2. Jika anda seorang yang jaga kalori pemakanan seperti saya ,  sehari sebelum larian, sila carbo loading iaitu makan lebih sedikit dari biasa . Tapi janganlah melantak tak ingat dunia pula ya. 
  3. Pastikan lihat betul-betul waktu dan masa flag off. Biasanya HM flag off pukul 4.30 pagi maka datang lah awal untuk warm up . Biasanya saya elakkan memandu untuk pergi ke acara larian bagi mengelakkan debaran mencari parking . Sama ada saya ambil Grab atau suami saya hantarkan. 

4. Jika pace larian 5km anda adalah 7, 10 km pertama perlahankan kepada 8. Ini kerana bekalan tenaga dari glycogen akan mula kehabisan dalam masa 1 jam selepas kita berlari . Untuk mengelakkan kejang, terutamanya bagi saya yang tak pernah berlari lebih 15km, penting untuk perlahankan pace pada awal larian supaya tidak cepat sangat kehabisan tenaga .

5. Rancang larian anda dan lihat di mana anda akan solat Subuh . Takkan kerana riadah yang harus, solat ditinggalkan kan? 

6. Jika rasa nak kejang, perlahankan pace tetapi usah berhenti mengejut. Saya mula rasa nak kejang pada km ke 18, tetapi saya berhenti berlari dan power walk sahaja. Alhamdulillah selepas saya spray analgesia, baik semula .

7. Enjoy the run 

8. Selesai larian, boleh mandi dengan air sejuk . In shaa Allah muscle soreness akan lebih cepat baik. 

9. Makan lebih banyak protein selepas larian untuk membina semula otot terutama yang cedera semasa larian. 
10. Kekal hidrasi diri selepas larian dan ambil lah masa untuk berehat. 


Selamat maju jaya buat semua . In shaa Allah you can do it ! 


Mind over matters! 




Friday, 28 June 2024

Putaran kehidupan yang indah

 Putaran kehidupan yang indah . 


Saya ada seorang kawan . 


Anak kawan saya ini dari di bangku sekolah , suka follow FB saya. Katanya nak jadi doktor macam saya . 


Nama pun sama macam saya .


Beliau selalu tanya soalan kepada saya dan saya beri galakan kepada dia. Mak ayah dia pun orang hebat juga. Mak dia selalu panggil dia “Dr Aisyah, nanti jadi macam Dr Aisyah senior “. 


Kami pergi umrah bersama tahun 2010. 


Dia memang pelajar cemerlang . 


Alhamdulillah selepas SPM, dia dapat masuk Fakulti Perubatan salah sebuah universiti tempatan .


Semasa saya masih pensyarah di UiTM, kalau kami buat program untuk pelajar perubatan , anak kawan ni pun rajin datang walaupun dia bukan dari UiTM. 


Kami kekal berhubung melalui FB, hingga akhirnya Dr Aisyah junior ini betul-betul menjadi seorang doktor . 


Saya pun masih berkawan dengan mak dia . 


Baru-baru ini selepas SPM, anak sulung saya menyatakan hasrat menyambung pengajian ke bidang perubatan . 


Universiti pilihan pertama anak saya pula adalah universiti Dr Aisyah junior ini. 


Saya pun menghubungi Dr Aisyah junior untuk meminta tips dan nasihat . Dr Aisyah junior memberikan banyak tips dan kebaikan belajar di universitinya. 


Kami pun yakin dengan pilihan anak sulung kami dan saban hari berdoa untuk Allah permudahkan apa yang terbaik untuk imannya. 


Alhamdulillah hari ini, anak saya telah ditawarkan tempat di asasi sains perubatan di universiti itu. 


Alhamdulillah syukur kepada Allah 


Haza min Fadhli Rabbi . 


Betapa indah apabila sebuah persahabatan itu didasari dengan keikhlasan, ia berterusan dengan kebaikan. 


Terima kasih semua kerana sentiasa mendoakan keluarga kami. 


Hadith Rasulullah SAW junjungan kita


Ù…َا Ù…ِÙ†ْ عَبْدٍ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ ÙŠَدْعُÙˆ Ù„ِØ£َØ®ِيهِ بِظَÙ‡ْرِ الْغَÙŠْبِ Ø¥ِلا Ù‚َالَ الْÙ…َÙ„َÙƒُ ÙˆَÙ„َÙƒَ بِÙ…ِØ«ْÙ„ِ رَÙˆَاهُ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٌ


Ertinya: "Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan saudaranya itu kecuali malaikat berkata, 'Dan untuk kamu juga seperti itu.'" (HR Muslim)


Semoga setiap apa yang kita lakukan, akan membawa kita lebih dekat dengan Allah dan menjadikan kita insan yang dapat berbakti kepada orang lain . 


Semoga Allah merahmati keluarga Dr Aisyah junior dan juga semua petugas kesihatan seluruh dunia , serta semua yang terlibat dalam apa jua bidang wellness yang jujur. 


Let us continue our mission to help make this world a better place in shaa Allah . 


Amin 


#drazlindarita 

#kisahkehidupanDrAzlindarita 

#microsurgeonmom 

#makanak4




Monday, 24 June 2024

Cita-cita nak jadi seorang ibu


Cita-cita pekerjaan pertama saya adalah ingin menjadi seorang pramugari, tetapi cita-cita sebenar saya sejak kecil adalah menjadi seorang ibu. 


Ya . 


Sejak kecil , permainan yang paling saya suka adalah main “masak-masak” dengan abang saya. Anak-anak patung teddy bear saya, akan jadi anak-anak saya . Nama-nama mereka pun saya masih ingat . 


Mat 

Hisyam

Sarah 

Rose 

Diana 


Ya, nama Melayu semua, kan? 


Ketika saya berumur 5 tahun, saya minta adik dengan Mama & Ayah. 


Saya ada 5 orang abang, dua orang meninggal semasa bayi jadi yang masih ada, 3 orang . 


Saya sangat inginkan seorang adik perempuan .


Alhamdulillah ketika 6 tahun, adik saya dilahirkan, dan itulah antara hari yang paling gembira dalam hidup saya 


Saya memang sangat-sangat sukakan bayi! Dari kecil hingga sekarang . Ada kala saya akan mengagah bayi yang saya jumpa di stesen bas, di hospital , di mall, di mana sahaja ! Saya sangat suka melihat senyuman seorang bayi. 


Hinggakan semasa selepas bernikah, saya beritahu suami saya, saya mahu 5 orang anak. 


2 tahun selepas bernikah , kami belum dikurniakan cahayamata. 


Ketika itu saya merasakan hidup saya tak sempurna, walaupun saya sudah menggenggam segulung ijazah sarjana muda perubatan. 


Selesai internship di Ireland, saya pulang ke pangkuan suami yang masih belajar di Indonesia.


Sudah tinggal serumah tetapi masih belum hamil, hingga saya tawarkan kepada suami untuk mengambil isteri ke dua. Suami saya menolak mentah-mentah. Kata beliau , beliau bernikah dengan saya bukan untuk mendapat anak, tetapi kerana betul-betul mahu menikahi saya kerana Allah. “Kalau ada anak, itu bonus ,” katanya. 


Kehamilan pertama , gugur semasa kandungan berusia 5 minggu . Alhamdulillah selang 2 bulan saya hamil lagi, dengan anak sulung.


Syukur padaNya, genap si Kakak berumur 13 bulan, adiknya lahir . Umar pula lahir 2 tahun kemudian . 


Daripada 3 tahun tiada anak, Allah kurniakan kami 3 orang anak dalam masa 4 tahun . 


“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.” 

(Hadis Riwayat Bukhari)


Semasa bernikah , saya sedar saya tiada harta, saya berharap saya seorang calon isteri yang beragama. Tetapi yang saya turut harapkan adalah saya dapat memberikan zuriat kepada suami saya, kerana Alhamdulillah keturunan ibu saya memang anaknya ramai. 


Bukankah ada hadis yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Berkahwinlah kamu dan beranak pinaklah kamu dengan banyaknya, sesungguhnya aku akan berbangga dengan kamu berbanding umat-umatlain pada hari akhirat nanti” ( Hadith Riwayat Abu Dawud)


Sehingga sekarang saya tak pernah putus mendoakan sahabat-sahabat yang sudah berumah tangga dan berusaha mendapatkan cahayamata tetapi belum ada rezeki. 


Saya amat memahami perasaan itu, kerana saya pernah melaluinya. 


Nak mendapatkan anak ke empat kami pun saya terpaksa menjalani rawatan kerana saya sudah tidak subur walaupun baru 34 tahun ketika itu,kerana saya overweight . 


Antara misi saya sekarang adalah untuk membantu sahabat-sahabat yang ingin lebih sihat dan mendapatkan berat badan ideal juga dengan program ST kami. 


Saya tidak mahu komen dengan golongan yang mahu “ #childfree ” kerana saya seorang yang mahukan anak sejak saya kecil . 


Saya amat bersyukur bertemu jodoh dengan seorang insan yang sudi memperisterikan saya yang serba kekurangan, dan kemudian menjadi seorang bapa yang baik buat anak-anak kami. 


Abu Hurairah memberitahu, Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kalau seseorang meninggal dunia, maka amalnya akan terputus kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Bagi mereka yang tidak direzekikan bertemu jodoh atau tiada cahayamata, Allah Maha Baik. Kalian masih boleh memperbanyakkan menyampaikan ilmu yang bermanfaat & bersedekah jariah. 


Bagi kita yang Allah amanahkan dengan anak-anak, marilah kita didik anak-anak kita agar menjadi anak-anak soleh solehah yang bakal mendoakan kita kelak in shaa Allah. 


Jika bukan Rasulullah SAW , insan paling hebat di dunia dan akhirat menjadi contoh tauladan hidup kita, siapa lagi ? 


#drazlindarita 

#kisahkehidupanDrAzlindarita

#hazaminFadhliRabbi