Viral kes Pakcik jual teh ais dihina .
Kesian kan?
Saya tak sampai hati nak share video itu .
Tapi tahukah anda bukan pakcik jual air saja dihina.
Doktor pun boleh dihina.
Beritahu saya mana doktor yang pernah bekerja di Malaysia, tak pernah kena herdik dengan pesakit?
Depan orang ramai ?
Pasti .
Mana ada klinik di hospital kerajaan yang tak penuh.
Hari pertama saya di peringkat sarjana, saya nampak senior saya dimarahi pesakit ,”I have waited for 2 hours ! I haven’t had lunch, you know ! You stupid!”
Nasib baik senior saya diam saja. Bila pesakit keluar, senior saya cakap ,” Aku dah bertahun-tahun tak lunch . Tak pula dia fikir”.
Mungkin ada yang kata, “Peringkat awal pekerjaan semua sama. Nanti dah jadi Pakar , OK lah tu”
Beritahu saya , siapa Pakar di Malaysia, tak pernah dapat surat aduan dari pesakit?
Kalau tak ada, mungkin anda süper baik macam malaikat, dan dapat pesakit macam malaikat juga.
Pengalaman saya sendiri , doktor pakar di hospital swasta, ada kala pukul 5 petang pun tak sempat makan tengahari.
Pesakit merayu minta buat pembedahan katarak segera, kita cuba selitkan.
Semasa pembedahan, kita cuba sedaya upaya buat yang terbaik.
Selepas pembedahan, ada yang di wad recovery lagi masam muka dengan saya, sebab kena datang semula hari pertama selepas pembedahan.
“Kenapa kena datang pula esok? “ dengan nada macam nak cari gaduh.
Jururawat saya pula tak tahan sabar, saya dapat lihat di riak wajah mereka .
Ada yang dengan doktor boleh bercakap dengan sopan, dengan staff lain, tinggi suara macam mereka boss.
Morale of the story , situasi yang menghina ini boleh berlaku dalam apa jua kerjaya.
Kita takkan dapat kawal bagaimana cara orang melayani kita, tetapi apa kita boleh lakukan adalah kawal cara kita respond .
Apa yang saya selalu beritahu anak-anak, apabila orang melayan kita dengan buruk, ia tidak menggambarkan apa-apa tentang kita , tetapi ia menggambarkan segalanya tentang mereka.
Terima kasih Pakcik penjual teh ais kerana menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak kami.
Yang pasti saya amat hargai pesakit-pesakit saya yang baik-baik , dan saya sayang anda semua . Saya doakan yang baik-baik sahaja buat kalian in shaa Allah .
#drazlindarita #kisahkehidupanDrAzlindarita
#thanksforthecoffee